Sunday, April 29, 2012

Ciumlah anak-anak kita



x rugi i x berhenti mencium pipi anak setiap hari ... skrg dia lg kerap cium compared to me
example pagi nih sblm ke sekolah ... kami main2 cium pipi ... i dpt cium dia 2x ... dia dpt cium pipi i 4 x
kdg2 dia masuk bilik i sblm tido (dia fikir i dah tido) ... hanya utk mencium kedua pipi & dahi, termasuk cium tangan i sekali ... terasa ade org syg i, he3x

i x hantar mssg ni to all ... ade kwn kata i mua kan anak atau mengada2 ... tp sebenarnya inilah yg i belajar dr emak i sendiri



Keistimewaan yang bakal diperolehapabila anak-anak anda boleh digelar 
kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak 
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana 
takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah 
akan api neraka ke atas tubuhnya. 

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat 
syurga. 
Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah 
sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang 
menyukai kanak-kanak. 

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali 
ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat 
daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. 
Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama 


Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung 
tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya 
itu turut diperolehinya. 

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; 
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah 
aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan 
disayangi." 

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganyadan 
dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang 
yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak 
lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia 
memerdekakan anak Nabi Ismail. 

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? " 
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." 
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." 
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak 
terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu." 

Wallahualam bissawab

No comments:

Post a Comment