Saturday, October 30, 2010

"9 jenis anak setan..



"9 jenis anak setan..
Peringatan untuk kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu
hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar! hasutan mereka. 
Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga
menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan 
1. Zalituun 
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.
Menggoda supaya manusia berbelanja lebih! dan membeli barang-barang yang
tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk 
terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat.
Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan
tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang
berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada
minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga 
lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.


6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip,
umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kitaJika tidak memberi salam ketika masuk
ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami
isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri 
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk
kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika
berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain. 
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Warna-warni Solat



setiap peralihan waktu solat menunjukkan perubahan tenaga alam ini yg boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. 
Perubahan warna alam adalah sesuatu yang biasa bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi
Pada waktu Subuh alam berada dlm spektrum biru muda yg bersamaan dgn frekuensi tiroid yg mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan penawar/rezeki dan komunikasi. Org yg kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat, akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yg mesti berlaku dlm keadaan roh dan jasad bercantum (bgn drpd tidur). Itulah rahsia kita diperintahkan solat diawal waktu. Awal subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga ini akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya akan mendapat tenaga yg tidak optimum lagi.
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) n then warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pd waktu ini bersamaan dgn frekuensi perut dan hati yg berkaitan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia berkaitan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pd waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yg merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan jika tidur pd waktu ini - tubuh tidak dapat menyerap tenaga yg amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga sebaiknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib
dulu) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, tenaga pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah dikurniakan syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Amat malang sekali bagi org Islam yg amat cuai menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichi, yoga n seumpamanya. ..

layan cite ni ...sedeh beb



Assalamualaikum. .. 
kasih sayang yg tak berpenghujung. .. ..  
Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. 
Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan 
anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.  
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah. 
"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.  
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua; kami membisu,cuma tunduk memandang lantai. 
"Baik,kalau tak mengaku,dua- dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku. 
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya ; sambil berkata, "Saya yang ambil!" 
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. 
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah. 
Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:  "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan; kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?" 
Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang; berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah.  
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.  
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang ; takut berkata benar.; Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu ; berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"  
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.  
Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah ; berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat ; pra-universiti
 Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. 
Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"  "Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak. 
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"  
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. 
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"  
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam. 
Panggggg.... sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu; aku lakukan ialah menutup muka dan menangis. 
"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!" 
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu; minyak pada pipinya yang bengkak. 
"Kakak perempuan... . biarlah kakak yang berhenti."  
Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. 
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. 
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.... . 
"Kak....untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak." 
Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. 
Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.  
Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: " Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!" 
"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"  
Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. 
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!" 
Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?" 
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.. 
Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. 
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik. 
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata." 
Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.
Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis; pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." 
Aku kaku.. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya; dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan. 
Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. 
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.  
"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."  
"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."  
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.  
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.  
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras." 
Apalagi...aku menangis seperti selalu.  
Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik. 
"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.  
"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada." 
"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.  
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya. 
Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. 
Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, 
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"  
Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.. 
"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.
Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. 
Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar. " 
"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila." 
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria. 
Ya Allah Ya Tuhanku...aku redha akan ujian dari-MU..pintaku, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi semua ini...  


 Assalamualaikum. ..wbkt..
Barangsiapa yang menghilangkan satu kesusahan dunia dari seorang mukmin, maka Allah akan menghilangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. 
Barangsiapa meringankan orang yang sedang kesulitan, maka Allah akan meringankannya dari (kesulitan) dunia dan akhirat.
Barangsiapa yang menutupi (kejelekan) seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi (kejelekannya) di dunia dan akhirat. Dan Allah akan menolong hamba selama dia mau menolong saudaranya." (HR. Muslim.)

Thursday, October 21, 2010

Puasa 2012

cuba kira... 1Ramadan  pada tahun 2012 jatuh pada 20 july, hari jumaat, jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat. Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam   pertengahan bulan ramadan iaitu  hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... ..cuba kita   tengok  hadis nabikat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 danklik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut... 
Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

Doa for a better life



It is said that when the angel of deathis taking the rooh (soul) outof the
body whom passes away....
it is a painful experience.
They say that when the dead awake on Qayaamat, the effect of the rooh being taken out will still be there.
Therefore, 
ALLAH has told us to recite the Ayatul-Kursi after every Farz salaat and it is stated that
whoever recites this, their rooh will be taken out as you would take out a strand of hair from a pile of flour. How light would that feel, MashaAllah!
May Allah save us from any sort of pain and may He let us die with
 Imaan in our hearts and save us from the azaab.

Aameen.

There is no word as beautiful as Allah.
No example as beautiful as Rasulallah(SAW) .
No lesson as beautiful as Islam
No song as melodious as Azan.
No charity as meaningful as Zakat.
No encyclopaedia as perfect as Al-Quran.
No prayer as perfect as Namaz.
No diet as perfect as fasting.
No journey as perfect as Hajj.
Let's realize that Islam is forever beautiful and perfect, please forward this message
 to get the sawaab of passing on knowledge. 
This is most common among us, most of us talk during Azaan... Read this..
The Holy Prophet(SAW) said, Stop doing everything during the Azaan,
even reading the Quran, the person who talks during the Azaan will not
be able to say the Kalimah-e-Shahadat on his/her death bed.... 
Please
 pass this message to Muslims....

READ THIS DUAA FOR BETTER LIFE
Allahumma- inni-ala-Zikr- ika-wa Shuk-rika-wa- husni-ibad- atika.

A very powerful Duaa has been sent to you.. What do you think you should do with it. Imagine if 1000 people read it just because of you

Erti Seorang Lelaki



Erti Seorang Lelaki
www.iluvislam. . com
dihantar oleh : danielhazmin


Sunnatullah dan Syariatullah 
Memahami syariatullah , iaitu segala hukum hakam yang termaktub di dalam quran dan hadis. Seorang suami juga, perlu memahami sunnatullah seorang wanita (isteri), yang Allah jadikannya lain dari dirinya. 
Seorang wanita, sifatnya lain sifat seorang lelaki,pelengkap dirinya, maka perlu difahami akan hakikat seorang wanita yang perasaannya lebih halus dari dirinya. 
*Syariatullah pada seorang suami kepada isteri : 
Nafkah zahir - tempat tinggal, makan minum. Nafkah batin - merasa selamat dibawah naungan suaminya, tempat berteduh bagi dirinya, tempat tumpuan kasih sayang , tempat kemesraan dan segala yang berkait rapat dengan perasaan. 
Inilah hak-hak kejiwaan yang perlu dimainkan peranan oleh seorang suami kepada isterinya. Seorang suami perlu juga melihat dunia kekeluargaan dari sudut pandang seorang isteri. Kerana seorang wanita punyai pandangan yang berbeza dari seorang lelaki. Kombinasi pandangannya dan isteri memainkan peranan dalam menjamin keutuhan dan keharmonian keluarga. 
Kombinasi antara pengetahuan tentang syariatullah dan kefahaman terhadap sunnatullah , insyaAllah, akan melahirkan keluarga yang penyejuk di mata penawar di hati, bahagia di dunia cemerlang di akhirat. 
Uswah hasanah seorang suami merupakan suri tauladan untuk keluarganya. Segala tindak-tanduknya menjadi perhatian seisi keluarganya. Anak-anak lebih mudah meniru apa yang dibuat berbanding mendengar apa yang diucap oleh ayahnya. Seorang isteri juga lebih mudah mengikut apabila suaminya lebih perihatin terhadap dirinya juga perasaannya. 
Seorang suami merupakan pemimpin bagi keluarganya. Jadikan diri contoh terbaik di dalam keluarga. Amanah (tanggungjawab) Menjadi seorang suami merupakan amanah besar yang dipikul bagi seorang lelaki. Bila berjayanya akad nikah, maka seorang lelaki memikul tanggungjawab seorang wanita yang sebelumnya berada di bawah tanggungan ayahnya, kini berada di bawah tanggungannya. Didikan, agama, nafkah dan sebagainya yang ditanggung oleh seorang ayah. 
Perkataan amanah ini perlulah selalu diletakkan di dalam minda bahawa bukan perkara kecil dalam membina daulah islamiyah yang terkecil dalam masyarakat,iaitu keluarga. Ilmu memainkan peranan dalam menjalankan amanah sebagai suami, dan juga amanah apabila sudah bergelar seorang ayah
Matlamat seorang suami atau ayah atau lelaki, perlulah punyai matlamat kemanakah hala tuju yang ingin dibawa olehnya dalam kehidupan berkeluarga ini. Sama ada ke syurga atau ke neraka?.. Mahu memberikan kemewahan dunia yang sementara dan berpoya-poya selagi nyawa masih ada? Mahu menjadikan anak-anak dan isteri sebagai perhiasan dunia semata atau sehingga ke dalam syurga? Jika mahu dibawa ke syurga, bagaimana caranya, apakah sudah ada? 
Matlamat ini perlulah disematkan seboleh-boleh sebelum perkahwinan dilangsungkan , atau selepas bergelar suami. Jika sudah terlajak, masih boleh diperbetulkan matlamat ini, selagi nyawa dikandung badan. 
Istiqamah dalam menjalankan tanggungjawab sebagai suami, sifat istiqamah atau berterusan dalam melakukan amalan sangat-sangat menjadi titik penting dalam menjaga keharmonian dan juga kesan didikan kepada isi keluarga. Jika seorang suami atau ayah, tidak istiqamah dalam perbuatannya, manakan mungkin dia akan menjadi uswah (ikutan) terbaik bagi isteri dan anak-anaknya. 
Didikan seorang ayah / suami yang dalam tegasnya terselit didikan, dalam garangnya punyai asuhan dan dalam tuturnya penuh dengan kemesraan. Semuanya perlulah dalam kadar yang berterusan. Didikan kepada anak-anak dan isteri jika tiada sifat istiqamah ini, boleh runtuh sebuah institusi keluarga. 


Kesimpulan
S - Sunnatullah & Syaratullah 
U - Uswah hasanah 
A - Amanah 
M - Matlamat 
- Istiqamah 
Sama-sama kita mengambil pengajaran.. Buat teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan pada cuti ni, moga Allah luaskan pintu rezeki buat kalian, dan dikurniakan zuriat yang soleh lagi solehah dan sebagai pengganti risalah Islam di hari kemudian. (Haih, tengah-tengah malam boleh fikir pasal ni…...tepuk dada, tanya iman.) 
Sama-sama muhasabah diri. Jangan difikir tentang hidup berkeluarga jika hanya mahu hidup berdua, tetapi fikirkan juga yang ketiga dan seterusnya. Pengolahan dibuat berdasarkan kefahaman penulis terhadap isu-isu masyarakat.
(penulis masih lagi belum berkeluarga)
KEBERKATAN ALLAH TAALA HENDAK-NYA SENTIASA DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIIN

Saturday, October 2, 2010


 Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama
sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama
sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah
Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin
Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas
saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu
selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia
terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak
jauh dengan Masjid.
Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar
Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang
Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat
Keberkatan Allah.
1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan
RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60.
TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak.
Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.
Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;
1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya .
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.
Kisah-2
Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru. Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal ia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk
Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta Gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.
Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan
Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya
Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 mencukupi... Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.
Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;
1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba . Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta Baru (Masalah kena curi Dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja.
Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling Kita. Kadang kala Kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3
Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang
menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.
Ceritanya begini...
Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.
Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.
Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut
ruku' apabila imam ruku'. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di
situ.
Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.
Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil
wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.
Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.
Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa...
". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.
Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki...
Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...
-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???
Subhanallah. .. Alhamdulillah. .. moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan iktibar buat kita semua...

Kisah pemuda yang meninggalkan solat subuh


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat
orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima
panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk
menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar
bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik
berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya
putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar
menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun
apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya
terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak
berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik
berlalu,wajah jenazah semakin hitam.
Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika
itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi
hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk
termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai
pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi?
Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi
persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan
menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini
yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama
dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya.
Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu.
"Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya
tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan
dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga
wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka
kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya.
"Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah
betul-betul. " kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita
itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain
penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita
itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada
saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar
jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya
menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan
menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik
tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "
kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah
wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,
"Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika
dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan
bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak
yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia
untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.
Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia
akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik
ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita
tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.
Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak
sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah
yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,
malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai
anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan
pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun
memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya .
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik
secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di
Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga
hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi
waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh
Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang
agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya
berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital
seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan
keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih
dekat dengan Klang."
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?"
katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk
badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang
ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah
meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak
dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?Walau
siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah
'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang
sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan
bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu,
tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa
jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan
sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.
Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat
bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?