Saturday, September 25, 2010
Bila Si Suami hantar puisi halus kpd isteri ......
PUISI----
Isteri ku, jika engkau bumi, akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku....
Ingatlah bahtera yang kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaran ku.....
Lalu......
Relakan aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Ilahi sinaran ku diperlukan di planet lain.....
***Balasan puisi Sang Isteri***
Suami ku...
Andai kau memang mentari, Sang Surya yang memberi cahaya, aku merelakan engkau berikan sinaran mu kepada segala planet yang telah Tuhan ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahaya mu dan....
Aku pun juga tidak akan merasa kekurangan sinaran mu
AKAN TETAPIIII... ..
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkuatan 5 watt sahaja, janganlah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti.... cuba lihat siapa diri mu... MATAHARI atau Lilin?
Atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!
Pleaselah... .!!! jangan la nak berangan.... .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment